AMPUH
Assalamu'alaikum!
Selamat datang ke halaman Anak Melayu/Islam Melawan Penyakit Unik HIV/AIDS (AMPUH)! AMPUH adalah sebuah kumpulan sukarelawan Melayu/Islam di bawah
naungan Kumpulan Bertindak AIDS (Action for AIDS, atau AfA). AMPUH ditubuhkan untuk menangani masalah peningkatan bilangan masyarakat Melayu/Islam
yang dijangkiti kuman HIV atau mempunyai sindrom kekurangan daya melawan penyakit (AIDS).
PENDAHULUAN
"Menimba ilmu adalah kewajiban atas setiap Muslim."
~ Hadith Rasullulah, diriwayatkan oleh Anas r.a.
Islam amat menganjurkan umat Islam agar mengambil berat aspek kesihatan kerana ia aset kekuatan dan keutuhan ummah.
Semua orang menghadapi risiko jangkitan HIV. Tidak kira tua, muda, kaya, miskin, bujang, berkahwin atau yang pernah berkahwin, semua orang harus sedar
tentang bahaya jangkitan HIV dan cara-cara untuk mengelakkannya.
Baca dan fahamilah maklumat yang terkandung di dalam halaman-halaman berikut ini. Mudah-mudahan anda dapat bersama membantu dan memerangi AIDS dengan
menyampaikan maklumat ini kepada sanak saudara, rakan-rakan dan orang-orang yang anda sayangi. Memang benar bahawa AIDS adalah satu gejala yang
dahsyat dan menggerunkan. Tetapi pengetahuan tentangnya akan menjadi perisai yang dapat melindungi kita semua. Insha'Allah!
Matlamat AMPUH
Antara matlamat AMPUH adalah untuk:
- Meningkatkan kesedaran mengenai penyakit HIV/AIDS di kalangan masyarakat Melayu/Islam di Singapura;
- Menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam program pendidikan HIV/AIDS; dan
- Meningkatkan sokongan masyarakat kepada pesakit Melayu/Islam yang menghidap HIV/AIDS.
Kegiatan AMPUH
AMPUH berharap untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut melalui kegiatan-kegiatan berikut:
- Kajian: Menjalankan kajian berkala mengenai pengetahuan, sikap dan amalan masyakarakat Melayu/Islam berkaitan dengan HIV/AIDS;
- Pergabungan: Bergabung dengan badan Melayu/Islam setempat, pemimpin masyarakat dan agama dalam usaha memerangi penyakit AIDS;
- Pendidikan: Menjalankan program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit HIV/AIDS di kalangan masyarakat Melayu/Islam;
dan
- Sokongan: Menjalankan program khusus demi meningkatkan sokongan masyarakat kepada pesakit Melayu/Islam yang menghidap HIV/AIDS.
Jadilah Sukarelawan!
Bagi anda yang berminat menjadi sukarelawan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang kegiatan kami, sila hubungi di talian 6254 0212 atau e-mel
ampuh@afa.org.sg
Atas