|
| PENDAHULUAN
~ Hadith Rasullulah, diriwayatkan oleh Anas r.a.
Islam amat menganjurkan umat Islam agar mengambil berat aspek kesihatan kerana ia aset kekuatan dan keutuhan ummah.
Semua orang menghadapi risiko jangkitan HIV. Tidak kira tua, muda, kaya, miskin, bujang, berkahwin atau yang pernah berkahwin, semua orang harus sedar tentang bahaya jangkitan HIV dan cara-cara untuk mengelakkannya.
Baca dan fahamilah maklumat yang terkandung di dalam halaman-halaman berikut ini. Mudah-mudahan anda dapat bersama membantu dan memerangi AIDS dengan menyampaikan maklumat ini kepada sanak saudara, rakan-rakan dan orang-orang yang anda sayangi. Memang benar bahawa AIDS adalah satu gejala yang dahsyat dan menggerunkan. Tetapi pengetahuan tentangnya akan menjadi perisai yang dapat melindungi kita semua. Insha'Allah!
|