AMPUH

      Assalamu'alaikum!

      Selamat datang ke halaman Anak Melayu/Islam Melawan Penyakit Unik HIV/AIDS (AMPUH)! AMPUH adalah sebuah kumpulan sukarelawan Melayu/Islam di bawah naungan Kumpulan Bertindak AIDS (Action for AIDS, atau AfA). AMPUH ditubuhkan untuk menangani masalah peningkatan bilangan masyarakat Melayu/Islam yang dijangkiti kuman HIV atau mempunyai sindrom kekurangan daya melawan penyakit (AIDS).

      Matlamat AMPUH

      Antara matlamat AMPUH adalah untuk:

      1. Meningkatkan kesedaran mengenai penyakit HIV/AIDS di kalangan masyarakat Melayu/Islam di Singapura;
      2. Menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam program pendidikan HIV/AIDS; dan
      3. Meningkatkan sokongan masyarakat kepada pesakit Melayu/Islam yang menghidap HIV/AIDS.

      Kegiatan AMPUH

      AMPUH berharap untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut melalui kegiatan-kegiatan berikut:

      1. Kajian: Menjalankan kajian berkala mengenai pengetahuan, sikap dan amalan masyakarakat Melayu/Islam berkaitan dengan HIV/AIDS;
      2. Pergabungan: Bergabung dengan badan Melayu/Islam setempat, pemimpin masyarakat dan agama dalam usaha memerangi penyakit AIDS;
      3. Pendidikan: Menjalankan program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit HIV/AIDS di kalangan masyarakat Melayu/Islam; dan
      4. Sokongan: Menjalankan program khusus demi meningkatkan sokongan masyarakat kepada pesakit Melayu/Islam yang menghidap HIV/AIDS.

      Jadilah Sukarelawan!

      Bagi anda yang berminat menjadi sukarelawan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang kegiatan kami, sila hubungi di talian 6254 0212 atau e-mel ampuh@afa.org.sg.