|
|
|
Apakah HIV?
HIV adalah singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus, iaitu sejenis virus yang bertindak dengan melemahkan dan memusnahkan sistem daya tahan badan manusia. Virus HIV telah dikenalpasti sebagai virus yang menyebabkan AIDS. Inilah rupa kuman HIV:
Apakah AIDS dan apakah yang menyebabkan AIDS? AIDS merujuk kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang dijangkiti virus HIV, akibat sistem daya tahan badan mereka yang telah lemah atau musnah:
Sistem daya tahan badan seseorang yang telah dijangkiti oleh virus HIV boleh menjadi begitu lemah, sehingga ia tidak dapat melawan anasir-anasir yang mengganggu sistem badannya, sekalipun penyakit-penyakit tadi biasanya ringan dan senang disembuh.
HIV hanya boleh merebak apabila ia memasuki saluran darah seseorang. Terdapat tiga cara utama:
Jangkitan HIV tidak seperti virus selsema. Ia tidak boleh berjangkit melalui udara. Anda tidak perlu khuatir yang anda akan dijangkiti kuman HIV melalui pergaulan biasa dengan penghidap HIV, umpamanya dengan berjabat tangan, berkongsi makanan, ataupun menggunakan pinggan mangkuk serta sudu dan garpu yang sama. HIV juga tidak merebak akibat berenang di kolam awam, menggunakan mangkuk tandas yang sama, berkongsi telefon atau memegang tombol pintu, ataupun kerana digigit nyamuk. Virus HIV hanya boleh hidup dalam tubuh manusia. Ia akan mati sebaik sahaja ia terdedah kepada udara. Walau demikian, HIV sebenarnya tidak mengenal sasarannya. HIV tidak hanya menjangkiti golongan-golongan tertentu, seperti pengguna dadah, pekerja seks dan mereka yang mengamalkan seks bebas. Anda juga boleh terdedah kepada jangkitan HIV jika anda tidak berwaspada. Yang pasti, sesiapa yang kurang berpengetahuan akan terdedah kepada risiko jangkitan.
Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?
Peringkat awal jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Seseorang itu boleh kelihatan sihat dan berasa sihat walaupun dia telah dijangkiti HIV. Keadaan ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan hingga bertahun-tahun. Keadaan ini amat merbahaya kerana virus yang terselindung itu sebenarnya boleh menjangkiti orang lain. Salah satu cara untuk mengetahui bahawa seseorang itu telah dijangkiti HIV adalah dengan menjalani ujian darah HIV, yakni ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV di dalam tubuh kita. Sesiapa yang pernah terlibat dengan tingkahlaku yang berisiko tinggi perlu menjalani ujian darah HIV. Ini termasuk mereka yang pernah mengadakan hubungan seks tanpa menggunakan kondom, pernah berkongsi jarum suntikan atau pernah menjalani pemindahan darah atau pemindahan organ di luar negeri. Jika anda punyai pasangan dan jika pasangan anda bersetuju, adalah baik untuk anda mengambil ujian darah HIV bersama-sama. Kumpulan Bertindak AIDS Singapura menjalankan ujian dan kaunseling HIV tanpa nama di:
Klinik DSC Keputusan ujian darah HIV secara haemastrip ini boleh diperolehi dalam masa 15 hingga 30 minit. Sekiranya anda disahkan negatif-HIV (yakni disahkan tidak dijangkiti HIV selepas dua atau tiga kali ujian berkala), anda tidak perlu rasa bimbang. Sekiranya ujian tersebut menunjukkan keputusan positif, kaunselor atau doktor anda akan memberi nasihat lanjut, agar anda boleh mendapatkan rawatan segera.
Bagaimanakah dapat saya mengurangi risiko dijangkiti HIV?
Anda boleh menjaga diri sendiri dan orang-orang kesayangan anda dari serangan HIV dengan beberapa cara:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kumpulan Bertindak AIDS di talian 6254 0212 atau e-mel ampuh@afa.org.sg.
~ Hadith Rasullulah, diriwayatkan oleh Anas r.a.
|