Notices
  • Now - 28 Jul
    GSS @ ATS

    Save $20 when you take a HIV and Syphilis test together!
    Promotion ends 28 Jul 2013!!
    Click for more information
  • On Going
    ATS Operating Hours

    The Anonymous Test Site will be operating as follows:

    Tues - 18:30hr to 20:15hr
    Wed - 18:30hr to 20:15hr
    Sat - 13:30hr to 15:15hr
    Click for more information
  • On Going
    Female Friendly Clinic

    Every last Wednesday of the month will be "Women-friendly Day"
    Click for more information

 

Seeking Help?
We care. And we are just a phone call away.

Action for AIDS (Singapore)

Office

9 Kelantan Lane #03-01
Singapore 208628
Tel : 6254 0212
Fax : 6256 5903
E-mail : info@afa.org.sg

Operating Hours:
Mon-Fri: 9am - 6pm

Click here for Clinic Address and Opening Hours

Anak Melayu islam melawan Penyakit Unik HIV/AIDS (AMPUH)

Pandangan Islam

Nikmat kesihatan dalam Islam

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
~ Al-Quran Surah at-Tiin: 3.

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak."
~ Al-Quran Surah al-Kautsar: 1.

Allah Taala yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sempurna, dan telah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-Nya di atas bumi ini. Antara kurniaan nikmat yang tidak ternilai harganya ialah nikmat kesihatan. Dengan kesihatan ini, manusia dapat menjalani hidup dengan aman dan dapat melakukan kerja dan kegiatan harian dengan lancar dan baik. Dengan kesihatan juga, manusia dapat menjalankan ibadah kepada Allah Taala dengan sempurna.

Tetapi ada manusia yang alpa dan leka dek kesihatan hinggakan dia tidak menghargai betapa mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupan individu Muslim. Dia tidak sedar dan insaf betapa sihat itu juga sebahagian daripada detik kehidupan yang dia lalui.


Bagaimanakah HIV merebak?

Mukmin itu bersaudara

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara."
~ Al-Quran Surah al-Hujurat: 10.

Agama Islam menganjurkan kita untuk menolong dan tidak mengasingkan para pesakit -- lebih-lebih lagi bila mereka juga merupakan saudara Islam kita, tidak kira apa penyakit mereka. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (menjadi) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
~ Al-Quran, Surah at-Taubah: 71.

Kita sebagai umat Islam mempunyai kewajiban dan tanggungjawab bersama untuk menolong para saudara Islam kita yang sakit, bukan untuk mencerca, menghakimi dan mengasingkan mereka, sebagaimana firman Allah s.w.t:

"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela."
~ Al-Quran, Surah al-Humazah: 1.

Setiap muslim perlulah memahami bahawa perpaduan dan kesatuan merupakan suatu kekuatan. Ukhuwwah Islamiyyah atau persaudaraan Islam merupakan manifestasi daripada aqidah dan keimanan seseorang Muslim. Kesatuan tidak akan lahir tanpa kasih sayang.

Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Walaupun seseorang itu mungkin mengamalkan tabiat yang buruk pada dahulunya, tidak mustahil untuk dia bertaubat nasuha dan Allah 'Azza wa Jalla lantas mengampuninya.

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya, dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Alla? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
~ Al-Quran, Surah Ali Imran: 133-135.

Konsep dosa

Dosa dan pahala itu adalah hal khas antara seseorang makhluk dan Penciptanya. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosa itu, tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya."
~ Al-Quran, Surah al Faathir: 18.

Oleh itu, tidak wajar bagi kita mengasingkan pesakit AIDS dari masyarakat umum, tidak kira apa latar belakang dan tingkah laku mereka dahulu.

Lebih-lebih lagi, dari sudut perubatan, virus HIV tidak bertaburan di udara seperti virus selsema. Anda tidak perlu khuatir yang anda akan dijangkiti kuman HIV melalui pergaulan biasa dengan penghidap HIV, umpamanya dengan berjabat tangan dan berkongsi makanan.

Kita juga harus ingat bahawa selagi mereka masih sihat dan cekap, penghidap HIV masih dapat menyumbangkan tenaga dan daya kreatif mereka untuk bersama-sama membangunkan negara. Masyarakat Melayu/Islam Singapura akan lebih rugi daripada beruntung jika kita mengkikis penghidap HIV/AIDS dari kalangan masyarakat kita.

Atas

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kumpulan Bertindak AIDS di talian 6254 0212 atau e-mel ampuh@afa.org.sg.

"Menimba ilmu adalah kewajiban atas setiap Muslim."
~ Hadith Rasullulah, diriwayatkan oleh Anas r.a.